Wednesday, June 2, 2010

si dara dan si teruna

mai-mai sini. nak bercerita sikit la. klu cite time nak tido orang kate bedtime story. klu wktu bese je orang kate cerita je la. daripada tajuk ni kite taw la kan ni pasal 2 orang manusia yang berlainan jantina. lelaki dan perempuan. si lelaki ni kite letakkn sebagai si teruna dan pompuan ni sebagai si dara. si teruna dan si dara ni xde la kaitan pada mula-mula. masing-masing saling tidak mengenali antara satu sme laen. si teruna ni kite bleh describe-kan sebagai seorang yang bese je. berasal daripada keluarga bese je. xde rupe cume kebaikan dan kejujuran hati yang bleh dibanggakan. si dara ni pulak bleh dikatakn seorang yang cun la jugak. ramai jugak yang cube nak masuk line. tapi xdapat la john. kire mahal jugak la si dara ni.

cam disebutkan tadi dua insan ni saling tak mengenali antara satu sama laen. sehingga la masing-masing berjaya masuk ke sebuah ipts yang agk terkenal. di sini la bermulanya perhubungan antara si teruna dan si dara. perkenalan dieorang bermula pada satu majlis anjuran universiti. time tu, masing-masing wat dunno je. ye la. totally stranger katekan. nak di jadikan cerita, teruna terdetak ati beliau tuk mengenali si dara ni. masing-masing mula bertukar no fon. semakin ari semakin rapat hubungan dieorang. tapi xlebih daripada kawan. masing juz sebagai teman tapi mesra.

dengan takdir yang telah ditentukan, pada satu ari, si teruna ni xdpt msj ngan kontek si dara ni. siteruna rse laen sangat. macam kehilangan sesuatu yang xdapat diungkap. time tu, si teruna ni sedar la die dah jatuh ati kat dara. tapi die xmaw cakap kat si dara. takot-takot klu direjeknya hasrat ati ni, malu diri. takot jugakla hubungan kawan dieorang tu nnt terjejas. sejak aritu, dieorang akan slalu msj. tanye kabar, usik mengusik, perli memerli. seronok btol time tu. tapi pada satu ari si teruna ni luahkan jugak hasrat kat si dara. si dara ni plak suke kat si teruna tapi still konpius dengan perasaan die. xtaw suke or suke-suke. si dara xnak wat keputusan melulu, die biarkan dulu. xnak tergopoh-gopoh. akhirnya terbukak jugak ati si dara menerima si teruna dalam ati nya.

time couple tu, dieorang memang bahagia sangat. hari-hari msj. saling mengingati. berkongsi masalh. si teruna rase seronok sangat. maklumla orang 1st time kapel. ape-ape die sanggup wat tuk si dara. si dara pn gitu. tapi orang cakap. xde laut yang xde ombak. hubungan dieorang ni diselitkan jugak ngan gaduh-gaduh. tapi xjadi msalah mnde 2. bile hati ngan pikiran dah jadi satu, pape masalah diselesaikan dengan baik. xmacam sesetengah orang kapel, asal gaduh je mule la nak clash la nka ape la. tapi x bagi si teruna dan dara ni. dieorang selesaikan dengan baik.
sikap tolak ansur, maaf-memaafi jadi prinsip diorang. rmai yang jeles dengan persefahaman yang dimiliki. parents masing-masing pun dh taw.

bukan sume ari panas x hujan kn? dieorang akhirnya dapat jugak satu masalah yang mugkin akan mengubah hubungan dieorang. mungkin tuhan masih sayangkan dieorang . xnak dieorang troskan hubungan di jalan yang salah. mungkin tuhan nak bagi dieorang bersabar sampai la tibe mase yang btol untuk menroskan hubungan dieorang ni. atas persetujuan masing-masing, die orang amek keputusan tuk break. dieorang kembali jadi kawan balik. dalam diam-diam si teruna dah simpan hajat. die nak si dara ni jadi kekasih halal die macam dalam lagu wali band.si teruna pkir biarla die simpan dlu perasaan ni. die berkata pada diri sendiri, pencarian die tuk seorang isteri dah berakhir.

si teruna meneroskan perjuangan die yang blom selesai kat ipt tersebut. same la ngan si dara pn. alhamdulillah, masing-masing pn berjaya dan dapat keputusan yang memberangsangkan. si teruna dapat keje yang agak bagus di ibu negara. manakala si dara amek keputusan nak sambung belajar. tapi dieorang tak ptus kontek. sebabnya siteruna still pegang cite-cite die dlu. dalam keje 2 tahun, si teruna ade kete sendri. die still ingt kat kat si dara dan si dara pn same. setiap ari minggu, si teruna akn ke tempat si dara tuk berjumpa dan bertemu mata. aktiviti ni berterosan untuk setaun. akhirnya, si teruna dah ckop ilmu di dada mengambil langkah drastik ngan melamar si dara. si dara sangat la gembira sebab selama ni die pn still ade perasaan kat si teruna. akhirnya dengan persetujuan kedua-dua keluarga, majlis prkahwinan pn selamat diadakan. pada hari yang gembira, kedua-dua pengantin mengalir air mata gembira kerana pengorbanan dan kesabaran mereka selama ni akhir membuahkan hasil. segala air mata mereka selama ni berbayar. si teruna berjanji akan menjadi seorang suami ngan pemimpin keluarga yang baek. si dara plak berjanji menjadi seorang isteri yang solehah.

tapikan, dah kawen ni, mane la dh ade status dara ngan teruna dah. hahaha. if u can catch my drift. status dieorang dah bertukar jadi suami isteri. xlama ps2 papa mama. pastu atuk nenek.
dan terima kasih kepada korang yang sanggup bace aku mengarut ni. aku mmg dh lme xupdate blog. so aku mengarut la skit-skit. berdasarkan cite dalam tv dan pengalaman hidup sndiri. mekaceh sangat2 sebab bace. i luv u all!! =')

1 Ngomelans:

Anonymous said...

aihhhhhhhhh.. pandai kau buat cter? HAHA!

Post a Comment